DATA SN BLOGDRIVE telah berpindah ke SN BLOGSPOT [klik sini]



:::: Satria Naga Blogdrive ::::



Tuesday, December 30, 2003
Bla.. bla.. bla..

Keje.. keje.. keje..

Naruto

Heheheh.. lusa (1 Januari 2004) aku mula keje sementara. Ye la.. semetara tunggu result SPM kuar.. cari duit la plak. Takkan duduk memerap kat umah. PKN pun tak terpilih. So, byk masa di situ. Isnin depan lak (5 Januari 2004) bebudak sekolah kembali ke sekolah. Bebudak tadika lak kembali ke tadika keh keh keh. Rasa jeles lak tgk diorang tu kembali ke sekolah. Aku plak terpaksa bekerja. Huh. Heheh.. belom bekerja dah mengeluh. Tapi semangat nak dpt gaji tu.. mengalahkan semangat meminang anak Raja.. ekekekek


Posted at 09:48 am by SatriaNaga
Make a comment

Monday, December 29, 2003
Anugerah Juara Lagu ke-18

Bunga-bunga Cinta Juara Lagu 2003


Overall AJL ke-18 mmg best! Pada mulanya AJL dihidupkan dgn tarian tema AJL ke-18. Pembukaan yg cukup mendebarkan apabila diva pop R&B Dayang Nurfaizah serta penyanyi yg bersuara lantang Adibah Noor memperkenalkan 12 buah lagu finalis AJL secara medley. Dyg dgn suara serak² basah membawakan lagu² Kebadian Cinta & Bunga² Cinta (kategori Balada), Aku Statik & Kumilikmu (kategori Pop Rock) dan Tandang Bermadah & Hasrat Perindu (kategori Etnik Kreatif / Irama Malaysia) manakala Adibah Noor memperkenalkan lagu² Selagi Ada Cinta & Sinar (kategori Balada), Percayakan Siti & Hi Hi Bye Bye (kategori Pop Rock) dan Wassini & Salsabila (kategori Etnik Kreatif / Irama Malaysia). Artis yg bertanding turut diiringi oleh komposer & penulis lirik bagi lagu masing².

AJL ke-18 lagi gempak apabila diacarakan oleh Aznil Nawawi & Sarimah.

Lagu pertama yg memulakan pertandingan ialah Aku Statik hasil ciptaaan Naza sepenuhnya yg dibawa oleh Radhi serta diiringi ahli kumpulan yg lain. Persembahan mereka agak simple dgn tarian 3 kanak² perempuan dgn burung merpati putih.

Seterusnya lagu Selagi Ada Cinta iaitu lagu balada yg pertama hasil ciptaan Ajai dan lirik ditulis oleh Nurul mendpt giliran ke-2 utk bertanding. Vokal soprano Ning boleh tahan gak. Dan kebanyakan persembahan bagi kategori balada, lagu ni sahaja yg mempunyai persembahan yg agak berbeza.

Lagu ketiga pula ialah lagu Wassini ciptaan Yassin sepenuhnya. Waheeda nampak cantik dgn pakaian yg sopan. Persembahan pula kurang sesuai dgn maksud lagu tersebut. Mungkin Waheeda ada cara tersendiri.

Lagu yg seterusnya adalah lagu Hi Hi Bye Bye, hasil ciptaan KRU. Ezlynn nampak lebih relaks menyanyikan lagu tersebut agar dpt mengekalkan stamina hingga ke akhir persembahan.

Seterusnya, lagu balada yg ke-2 ialah Kebadian Cinta hasil ciptaan Azlan Abu Hassan dan liriknya pula ditulis oleh Azalea. Pitching Anuar di bahagian akhir lagu kurang memuaskan. Walaubagaimanapun, Anuar Zain berjaya menarik perhatian penonton sehingga diberi tepukan yg amat gemuruh berbanding finalis yg lain.

Salsabila yg dinyanyikan oleh Yassin serta dicipta olehnya sendiri juga boleh tahan. Persembahan Yassin juga simple seperti org Arab berhibur di padang pasir. Tetapi lagu Yassin yg ke-2 yakni Wassini telah menghalang untuk Salsabila meraih Juara Etnik Kreatif / Irama Malaysia.

Giliran Kumilikmu pula. Lagu ciptaan Zuraini dan liriknya pula ditulis oleh Siti dan M. Zulkifli gagal meraih Juara Pop Rock. Walaubagaimanapun, Siti berjaya memenangi Persembahan Terbaik. Mungkin peluang lebih kepada Siti kerana 50% undian adalah daripada peminat. Siti  turut membawa adiknya Siti Saerah menari bersama.

Lagu Bunga² Cinta plak menyusul. Lagu ciptaan Adnan sepenuhnya amat sesuai dgn vokal Misha. Vokal Misha juga hebat. Padan gak menang vokal terbaik. Tahniah Misha!

Seterusnya giliran Noraniza Idris untuk buat persembahan. Lagu ni amat jarang didengar, penonton pun kurang beri respon pada lagu tersebut. Persembahan Noraniza Idris lebih tertumpu kepada persembahan tarian saja.

Lagu Percayakan Siti kedengaran lebih pendek malam tadi. Persembahan tarian & pakaian exist bertemakan zaman 70-an sesuai dgn melodi lagu tersebut. Lagu Percayakan Siti dicipta oleh G-Nola dan liriknya pula dicipta oleh Loloq.

Lagu Balada terakhir yg bertanding adalah lagu Sinar oleh kump. May. Seperti yg dijangkakan situasi lagu ni adalah Pop Rock tetapi yg sebenarnya lagu ni dikategorikan Balada. Vokalis May juga diberi tepukan gemuruh oleh penonton kerana persembahan vokal yg cukup mantap! Tahniah juga kepada kump. May

Lagu yg terakhir bertanding dlm AJL ke-18 ni adalah Hasrat Perindu oleh Mas Idayu. Trademark 360 darjah gelek dia telah menarik perhatian penonton sehingga penonton memberi sorakan. Akhir sekali, Mas Idayu juga berpusing 360 darjah tetapi kali ini dari pandangan mencancang.

Dalam segmen interlud, Sarah & Hazami memulakan dengan lagu joget. Suara kedua²nya kurang kedengaran tapi memuaskan. Kemudian, vokalis kump. Metalasia, Bandi Amuk dan Neves Pretty Ugly menghiburkan penonton dgn lagu Ruffedge, Tiada Lagi Cinta. Memang seronok apabila melihat rockers membawa lagu rap. Seterusnya diva pop R&B, Dyg Nurfaizah dan Adibah Noor yg sering berlakon dlm iklan TV3 menghiburkan penonton dengan lagu ghazal, Pak Ngah Balik. Penonton terpukau dgn kemantapan dan kebolehan 2 artis ni menyanyikan lagu tersebut. Akhir sekali, ratu rock Ella menghiburkan penonton dgn membawa lagu dangdut, Rindu dan Selamat Tinggal Romeo. Penonton juga dihibur dgn gelagat Ella dlm membawakan lagu dangdut tersebut.

Keputusannya tak perlu diumumkan lagi. Misha Omar merangkul 3 anugerah iaitu Vokal Terbaik, Juara Balada dan Juara Lagu. Kesemuanya Misha telah membolot RM47,000. Mungkin gak memecah rekod Juara Lagu. Siti pula hanya mampu meraih Persembahan Terbaik dgn RM10,000. Waheeda dan Ezlynn masing2 membawa pulang RM12,000 berdasarkan kemenangan Juara Etnik Kreatif / Irama Malaysia & Pop Rock.


Posted at 09:44 pm by SatriaNaga
Make a comment

Monday, December 22, 2003
Menjelang Anugerah Juara Lagu ke-18


Ulasan 12 Lagu Berentap dalam AJL


Tahun ni saingan memang sengit. Dan buat pertama kali di Juara Lagu dlm tahun 2000-an ni semua artis masing2 bawa satu lagu. Kalau yg lepas2, ada artis yg mempertarungkan 2,3 buah lagu. Heheh.. jom kita review 12 lagu2 tersebut.

Kategori Balada...
Misha Omar ---> Bunga-bunga Cinta
Hmmm.. tak menghairankan kalo lagu ni leh jadi juara bg kategori balada. Melodi yg cukup indah bergabung ngan lirik yg cukup puitis yg dicipta oleh Adnan Abu Hassan. Tgk ajelah, dlm carta Juara Lagu yg lepas.. lagu ni pernah menjuarai carta kira2 lebih dari 10 minggu.

Anuar Zain ---> Keabadian Cinta 
Heheh.. Keabadian Cinta yg jadi single ke-2 bagi anak Pak Zain yg ke-2 jadi artis telah kasi hitz yg lebih kpd peminat berbanding single pertama dier. Vokal dier yg cukup mantap juga memungkinkan yg dier leh bawa anugerah vokal terbaik. Mungkinkah Keabadian Cinta hasil ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik ditulis oleh Azalea muncul juara balada? Tgk ajelah nanti!

Ning Baizura ---> Selagi Ada (Cinta)
Lama gak penyanyi yg bersuara soprano ni tak masuk JL. Akhirnya lagu yg dicipta oleh Ajai dan isterinyer sendiri yg tulis lirik, Nurul bawa tuah kpd Ning utk masuk ke JL. Lagu ni punyai keunikan tersendiri terutama dari segi melodi yg indah. Heheh. Ning mungkin gak sekali lagi menang vokal terbaik seperti dlm Anugerah Era yg lepas.

May ---> Sinar
Huh!.. kump. rock ni lama gak tak dgr khabar. Baru thn ni diorang muncul dgn album terbaru, Sinar. Sinar gak menjadi single pertama diorang dan sekaligus menempah diri ke JL. Pd mulanya, aku ingatkan lagu ni dlm kategori balada kerana vokal kerasnyer. Rupanya para juri telah masukkan lagu ni dlm kategori Pop Rock. Well, mereka yg pakar lebih arif. Heheheh. Erm.. vokal vokalis kump. ni gak cukup mantap sepertimana di separuh akhir JL yg lepas.

Kategori Pop Rock...

Ezlyn ---> Hi Hi Bye Bye
Awal thn 2003, lagu ni jadi siulan ramai disbbkan liriknyer yg 'cute' ngan muziknyer yg 'catchy'. Lagu ni gak pernah jd juara carta bukan jer kat JL tapi carta2 muzik tempatan gak. Lagu ciptaan KRU sepenuhnya ni gak telah naikkan nama artis pompuan kelahiran Perak ni. Ezlyn perlu tingkatkan stamina dier utk persembahan JL Ahad ni supaya tak tercungap-cungap disebabkan 'tarian'nya nanti.

OAG ---> Akustatik
Heheh.. OAG antara band Malaysia pilihanku. Setiap album diorang mesti tampil dgn keunikan tersendiri. Thn lepas kurang berjaya dgn lagu diorang Slumber ciptaan Mulo sepenuhnya. Berkat rezeki diorang thn ni, maka diorang telah layak utk bertanding dlm JL dgn lagu Akustatik. Muzik Akustatik yg 'simple' dah semestinyer mudah dimainkan jika JL thn ni guna orkestra sekali lagi. Lagu ciptaan Naza sepenuhnya ni gak, sekali lagi menampilkan keunikan tersendiri dgn liriknyer dan mungkin gak lagu berentak alternatif ni muncul Juara Balada.

Siti Nurhaliza ---> Kumilikmu
Hmm.. mungkin ni lagu terakhir Siti ke JL kerana baru2 ni akhbar telah menyiarkan yg Siti akan bersara dlm JL. Hmm.. tak meriah kalau takde Siti. Walaubagaimanapun, lagu ni menampilkan kelainan daripada album2 Siti yg sebelumnyer. Lagu ciptaan Zuraini dan liriknya ditulis oleh M.Zulkifli serta Siti sendiri menjadi single pertama dlm album E.M.A.S beliau agak 'catchy' muziknyer dan liriknyer ada maksud tersendiri. Siti mungkin gak tampil dgn vokal terbaik thn ni.

Exist ---> Percayakan Siti
Tajuk lagu ni jer dah menjadi tarikan ramai apatah lagi lagunyer sendiri. Mcm thn lepas, byk sangkaan mengatakan lagu Jesnita ke peringkat akhir berbanding lagu Julia. Thn ni pun sama, Seperti Dulu tewas berbanding Percayakan Siti yg menjadi single ke-2. Mungkinkah lagu ciptaan G-Nola a.k.a Along Exist dan liriknyer oleh Loloq menjd Juara Pop Rock? Sama2 kita tgk nanti.

Kategori Etnik Kreatif dan Irama Malaysia...
Waheeda ---> Wassini
Lagu penyanyi baru Waheeda yakni Wassini atau dlm Bahasa Melayunyer Nasihatilah Aku berjaya menarik perhatian ramai. Lagu ciptaan Yasin sepenuhnya yg juga berkonsep Universal menjadi pilihan no.1 utk menang bg kategori EK/IM ni. Sejauh mana kebenarannya kita nantikan aje. Setakat ni dah 3 buah lagu EK/IR yg menjd juara bg kategori tersebut adalah lagu bertemakan Timur Tengah. Dan tahun ni ada 3 buah lagu yg bertemakan Timur Tengah iaitu Wassini, Salsabila dan Hasrat Perindu. Apa yg membezakan, lagu ni berkonsepkan Universal.

Yasin ---> Salsabila
Mungkinkah sejarah berulang lagi seperti kejayaan Mimpi Laila pd thn 2001? Sbnrnya takde beza yg ketara antara Mimpi Laila dgn Salsabila. Ramai gak yg mengatakan lagu ni adalah stereotyped kpd Mimpi Laila. Walaubagaimanapun, Yasin sendiri yg gak pencipta lagu ni tau kesemuanya.

Mas Idayu ---> Hasrat Perindu
Penyanyi dangdut ni akhirnya buat perubahan pd konsep yg dibawakan iaitu bertemakan timur tengah. Lama gak Mas Idayu tak buat album dan akhirnya tuah Hasrat Perindu membawakan nyer ke pentas JL. Lagu ni gak berkemungkinan besar utk menjuarai kategori ET/IR.

Noraniza Idris ---> Tandang Bermadah
Ratu Irama Malaysia ni sekali lagi menempah diri ke JL selepas Hala Timur thn lepas. Dan sekali lagi Ratu Irama Malaysia ni mempertarungkan lagu ciptaan Kak Ani sendiri serta Narawi CD dan lirik ditulis oleh Kak Ani serta Raja Kobat berkonsepkan etnik tempatan iaitu etnik kaum peribumi Sarawak. Thn ni mungkin Kak Ani buat sesuatu yg mengejutkan agar membawa pulang anugerah persembahan terbaik setelah gagal mengekalkan 'tittle' Juara Persembahan pd thn lepas.

Pengacara...
Aznil Nawawi & Sarimah Ibrahim (Kini Kau Tiada)

Permulaan...
1) Tarian lagu tema Anugerah Juara Lagu
2) Duet Dayang Nurfaizah & Adibah Noor bg memperkenalkan 12 lagu bertanding

Segmen Interlud...
1) Persembahan Hazami & Sarah Raisuddin bg segmen joget
2) Bandi (Amuk), Mael (XPDC) dan Neves (Pretty Ugly) menghiburkan rangkaian lagu R&B
3) Ratu Rock, Ella mempersembahkan lagu2 dangdut  
4) Dayang Nurfaizah & Adibah Noor membawakan lagu2 ghazal

Hadiah...
1) Anugerah Juara Lagu - Trofi & RM25,000
2) Anugerah Juara Balada, Pop Rock & Etnik Kreatif /Irama Malaysia - Trofi & RM12,000
3) Anugerah Vokal Terbaik - Trofi & RM10,000
4) Anugerah Persembahan Terbaik - Trofi & RM10,000

::Komen SN
Tak sabar nak tunggu AJL (Ahad, 28 Disember 2003, 8.30 mlm). Smmgnya AJL thn ni satu yg 'variety'.

::MORE INFO

Posted at 05:04 pm by SatriaNaga
Comments (3)

Saturday, December 20, 2003
Bla... bla... bla...

Hmmmmm...
5 Sifat Seseorang yang Dibenci


1) Hipokrit
Hmmm.. sapa yg suka dgn org hipokrit? Kalau suka maka org tu tergolong dlm kump. yg sama

2) Baling batu sembunyi tangan
Pengecut!.. Dayus!.. Huh!.. sesuka hati jer baling batu.. pas tu wat derk. Heyyy.. ko ingat kesan tapak tangan ko tak leh membuktikan yg tu perbuatan ko ker? Boleh blah!

3) Sombong
Grrrr! Paling geram bila jumpa ngan org sombong. Kita tegur.. dier buat derk jer. Nasib baik org di sekeliling tak perasan. Hah!.. Hidung tinggi tu tak leh bawak ko ke maner la beb

4) Cakap besar
Hmmm.. cakap jer besar. Bila suruh buat.. pelbagai alasan yg dilemparkan. Ni sumer semata² nak tunjuk kehebatan. Cerrrrr... kehebatan tu takkan nampak cuma dari kata²...

5) Paku dulang.. paku serpih..
Mengata orang, diri yang lebih. Cermin muka tu dulu beb! Kalau muka sendiri berpanau.. pi amik rawatan muka dulu.


::Komen SN
Aku kau dan dia.. insan biasa. Yg telah dicipta oleh Allah s.w.t. Setiap yang baik.. pasti ada yang buruk...

 


Posted at 12:41 pm by SatriaNaga
Comments (1)

Friday, December 19, 2003
Al-Kisah

Program Khidmat Negara

Lapan kategori remaja (lahir 1986) yang dikecualikan:
• Orang yang mengalami kecelaruan mental di bawah Ordinan Kecelaruan Mental 1952,Ordinan Kecelaruan Mental Sarawak(1991) atau Ordinan Orang Gila Sabah(Bab 74 Sabah).
• Orang yang telah diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan mengalami kecacatan fizikal yang menyebabkan beliau tidak berupaya menjalani latihan Khidmat Negara.
• Orang yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan.
• Orang yang sedang dalam penahanan di bawah mana-mana Undang-Undang yang berkuat kuasa yang berhubung dengan tahanan pencegahan.
• Orang yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan atau yang sedang menjalani jagaan lanjutan di bawah Akta Penagih Dadah,Rawatan dan Pemulihan 1953.
• Orang yang sedang menjalani penahanan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
• Orang yang telah diperakukan pegawai perubatan kerajaan menghidapi penyakit yang boleh membawa maut.
• Orang yang menghidapi penyakit berjangkit di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Dipetik dari Oyak.net
::Komen SN:
Hmm.. tiada komen setakat ni..






Posted at 10:41 pm by SatriaNaga
Comments (2)

Letz play!

Kecekapan korang!

Heheh.. ada try main yg kat bawah tu tak? Kalo takde.. try ler.. time buring-buring. Nanti nak add game baru. Kalo nak tau.. kena tunggu!.. heheh..

Rekod:
1) 0.05s by SN (19-12-03)
2) 0.16s by SN (18-12-03)
3) Catatan masa konsisten antara 0.22s - 0.27s (18-12-03)

Time to beat ---> 0.05s

Heheh.. mana leh celen setengah dari 0.1s tu.. huhuhu

Posted at 08:33 pm by SatriaNaga
Make a comment

Error 191203

Huhuhu...

herrmmm.. tiba2 plak blog yg cute ni prob. huh.. bengang tul...

Posted at 10:12 am by SatriaNaga
Make a comment

Thursday, December 18, 2003
Announcement!

Layout Updated

Hmmmmm... baru smlm update layout baru.. heheh. Kali ni pilih tema gelap lak. Setakat ni, takde banner yg sesuai utk diguna. Nak buat rasa malas lak. Heheheh..

Posted at 08:18 am by SatriaNaga
Make a comment

Saturday, December 06, 2003
Diari Hari Itu...

Hari Pertama SPM...

Malam sebelum 3 November penuh debaran. Mana taknya, esoklah hari pertama aku menghadapi ujian besar yakni SPM. Fuhh!... rasa diri belum cukup sedia. Terus segera ambik buku Biologi terbitan Pelangi. Ni la saat² akhir, kena baca semula nota² yg penting. Hmmm... memang sakit jiwa. Malam tu rasa luar biasa sangat. Dapat aku rasa masa bergerak dengan pantas sekali. Selaju Watson Nyambek dan sepantas buah durian jatuh ke tanah. Aku memperuntukkan masa setengah jam bagi suatu topik untuk imbas kembali nota² yang penting. Pukul 11 malam baru masuk tidur. Degupan jantung semakin deras. Payah rasanya nak tidur. Akhirnya dapat juga aku lelapkan mata. Kira² pukul 2.45 pagi, aku bangun semula. Terus angkat dan lakukan solat hajat. Lepas aje solat sunat hajat selesai, terus aku bersama dengan awek aku. Tak lain tak bukan buku biologi. Pukul 4.30 pagi makan sahur. Lepas aje sahur terus baca lagi.

Pagi 3 November 2003...

Ermmm... dengan berpakaian uniform sekolah, aku pun dengan penuh debaran melangkah masuk ke sekolah tercinta. Huh!... Konsentrasi aku hanya pada buku. Tak de masa nak bergumbira, bergelak ketawa bersama kawan yg boleh dikatakan giler² mcm majalah gila-gila.

Kertas Biologi 1...

Semua pelajar dah masuk dlm dewan peperiksaan termasuklah aku. Hmm... debar di hati makin laju. Sementara menunggu Guru Pengawas mengedar kertas soalan, sempat gak berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Bungkusan kertas soalan pun dibuka, menampakkan wajah² "musuh" yg berwarna biru berbentuk segiempat. Baunya pulak tak sewangi bau bunga jasmine. Tebalnya seperti ketebalan make-up mak cik Peot, jiran sebelah rumah. Cuma lipstick aje yg tak diguna. Masa pun dah tiba, "musuh" biru berbentuk segiempat sudah mari di atas meja yg sama bentuk, sama-sama tak bernyawa. Cuma warna meja berwarna coklat seperti Cokelat Rawkz. Huh!... Guru pengawas pun memberi keterangan tentang peraturan menjawab kertas soalan. Dengan berlenggang-lenggang dia memberitahu peraturan tersebut. Mengalahkan Mami Juwie. Akhirnya, peraturan pun habis dibaca. Wisel dibunyikan tanda pertarungan sudah bermula. Maka, dengan mengamalkan konsep kesederhanaan dalam Islam, aku pun menjawab dengan tenang dan sederhana. Sesekali mata menggatal, ingin melihat kawan di sebelah. Aku terus menarik mataku, memberi konsentrasi yang penuh terhadap "musuh" aku yang berwarna biru tu. Jika tersilap, mahunya aku dimakan oleh "musuh"ku. Arghhh!... aku ni bukan jenis yang mudah mengalah. Bukan jenis seperti Bush yang tidak adil dalam pertempuran. Bukan pengecut. Jika boleh, aku ingin menumpaskan musuhku dengan sedaya yang boleh. Seperti rumus dalam fizik, F = ma. m dan a mestilah tinggi untuk memperoleh daya yang tinggi bagi menumpaskan musuh jahanamku. Akhirnya, masa bagi pertempuran telah pun selesai. Tamatlah kertas Biologi 1. Kertas yang menguji pengetahuan dalam ilmu sains hayat.

Kertas Biologi 2...

Selepas setengah jam diberi kepada kami untuk berehat seketika, kami masuk semula dalam dewan peperiksaan. Apa yang istimewa bagi kami orang Islam adalah kami memperuntukkan masa setengah jam untuk mengulangkaji sedikit topik. Al-maklumlah, waktu tu orang Islam tengah berpuasa. Pelajar bangsa lain ada yang pergi makan dan minum. Ada juga yang bersama² pelajar Islam mengulangkaji seketika. Perkara yang dilupa perlu diingatkan semula. Kalau tidak, kau akan menyesallll... Kami masuk sebaik sahaja diarahkan oleh guru pengawas. Dan seperti biasa, kertas 2 bagi subjek biologi diedarkan secara sulit. Wisel dibunyikan tanda pertempuran kali ke-2 bermula. Saat² ini lebih sukar kerana kami terpaksa mengolah ayat sendiri untuk menjawab. Bukan seperti kertas 1 iaitu kertas objektif. Jika tak tau, boleh mempertarungkan nasib untuk menembak satu daripada empat sasaran. Kebarangkalian untuk mengena pada sasaran yang betul adalah satu per empat. Sangat besar, sebesar ikan paus di lautan. Soalan esei juga perlu dijawab. Wah!... seperti doktor membuat laporan kesihatan bagi seorang penyakit pula. Wisel dibunyikan tanda masa pertempuran tamat. Kami pun terus bersurai.

Kertas Biologi 3...

Selepas menunaikan solat Zohor beserta solat hajat di surau sekolah, aku terus pergi ke tempat menunggu. Seperti biasa, guru pengawas pun mengarahkan kami masuk ke dewan. Menanti serta menyambut kedatangan kertas 3. Kertas 3 telah diedarkan dan masa pertempuran sudah didendangkan dengan tiupan wisel berwarna merah. Kami terus bertempur dengan "musuh" kami. Fuh!... soalan amat keras aku rasakan. Tak pernah eksperimen yg sedemikian dilakukan dalam makmal atau di luar kelas. Sukar sekali. Dengan pengetahuan biologi dalam topik Ekosistem, aku pun menjawab soalan eksperimen tersebut. Soalan kedua pula aku perlu merangka eksperimen. Seperti yg dilakukan dalam PEKA Biologi, aku pun tekun merangkan eksperimen tersebut. Waktu telah pun tamat. Kami pun bersurai dan balik ke rumah masing² menanti pertempuran kali ke-2 pula.

------------------

Tu la diari hari pertama ketika aku menjawab soalan SPM. Nantikan bagi subjek yang lain plak. Ciauzzzz...

------------------

Secara statistik, topik yang kerap keluar adalah Ekosistem, Pewarisan dan Nutrisi. Aku target ketiga² topik tu dan alhamdulillah aku dpt menjawab soalan dgn rasa puas hati. Segala keputusan, aku berserah kepada Allah s.w.t.

Posted at 06:59 pm by SatriaNaga
Comments (4)







[Welcome to SN Blogdrive]


Selamat menyambut tahun baru, 2004! Hanya tinggal 1 hari lagi. Trimas gak utk korang kerana telah lawat blog aku ni. Kedudukan tertinggi blog ni dlm Malaysian Topsites adalah no.17. Harap korang terus vote for my blog yeah! Orait!


[snB ChatBox]






--------------------------------------------

[oL abOut me]



| n:SN | a:17 | L:c-RyaN | s:s'waK | |c:M'sia | n:maLaY+cHinese | |160cm<h<200cm | w:40-50kg |

--------------------------------------------

[2day's mOOd]




Heheh.. sejak kebelakangan ni.. kenakalan aku menjadi².. habis blog org aku ganggu.. heheh. Kat umah lak.. adik aku jadi mangsa.. kui kui

--------------------------------------------

[mY faVe.]

tOp 5 Animes:

• Dragon Ball GT •
• Naruto •
• Dragon Ball Z •
• Scryed •
• Yu-Gi-Oh •


manGa:

• GempaK •
• kReKo •

--------------------------------------------

[d' sOnGs]

tOp 5 {hitz.fm}:

1) LIVE - Heaven
2) Britney feat. Madonna - Me Against The Music
3) Nickleback - Someday
4) Outkast - Hey Ya
5) Limp Bizkit - Behind Blue Eyes

more...


tOp 5 {era.fm}:

1) Khai - Dambaan Pilu
2) Erra Fazira - Hanya Di Mata
3) M.Nasir & Tam Spider - Mentera Semerah Padi
4) Phyne Ballerz - Jangan Pisahkan
5) Yusry - Dekat Padamu

more...


--------------------------------------------

[mY fanTasY]



•Level : 7•
•HP : 486•
•MP : 578•
•GF : Shiva Dragon•
•Equipment 1 : Metal Revolver•
•Equipment 2 : Dragish Suit•

--------------------------------------------

[tHanX 2 mY buDdieS]

• Lady_Anne •
• Wan Hafiziel (my best friend) •
• The Zephyr •
• finnie •
• miss green •
• Duta lover •
• Haruko (unknown) •
• awok •
• WanieAyunie •
• AceHand •
• Intan_Nazrahayu (unknown) •
• syamsul (unknown) •
• aweXgiloz •
• kidz_7dunk •
• Miss Arca •
• summer_snow •
• azracian •
• spitsid •
• em (unknown) •
• misi a.k.a white01whale •
• bluesgulz (unknown) •
• IBANEZ7 (unknown) •
• bini eminem •
• amy (unknown) •
• nix_79 •
... sbb sudi join blog aku versi terbaru ni...

Jugak...
Waikiki, eligible_gurl, Sasha, virgomal, Yellow Belmont, Murzidah, chekshu dll yg telah join versi lama. Woit!.. join la versi baru gak!.. eheheh


--------------------------------------------


<< May 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


My sites™
SN Blog
Komuniti sLumBeR



My fave. sites©
Forum Cari
Oyak dot net
Era fm
Hitz.fm
Final Fantasy Review
Sultan Muzaffar Blogspot
Amuzo (RT, PM, etc. for HP)



Thanx!®
• A big thanks to BLOGDRIVE
Angelfire
Geocities
Yahoo!
Shoutbox
Super HTML scripts!
Online Counter
Sparklit
Moods



•--->Contact me<---•
emel me | YM!





snB Hitz!






Undi utk SN Blogdrive!







[unDian minGGu ini]







Undian umum

Apa perasaan korang jika korang terpilih dlm Program Khidmat Negara




Dah tentunyer hepi!
Sedih.. sob.. sob.. sob










[Radio mini]
Melodies of Life


Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


Blogdrive